Syarat-Syarat Bekerja di Ombak Diver dan Maiswim
1. Solat 5 waktu (syarat untuk yang Islam sahaja)
2. Menutup Aurat (berpakaian sopan bagi bukan Islam).
3. Menjaga batas pergaulan
4. Berakhlak Mulia
5. Bertutur dengan sopan
6. Ingin belajar
7. Menghormati semua orang
8. Menepati masa
9. Mempunyai sijil menyelamat (wajib mengambil sekiranya tiada) Bronze, Bronze Cross, Merit, Distinction, Pool Lifeguard, Open Water dan Jurulatih.
10. Mempunyai sijil mengajar (wajib mengambil sekiranya tiada) daripada PADI Swim School, SSI Swim School atau BTC.
11. Mempunyai (wajib mengambil sekiranya tiada) Sijil EFR dan EFR Instructor
12. Mempunyai (wajib mengambil sekiranya tiada) Sijil menyelam minimum Rescue Diver.
13. Mempunyai (wajib mengambil sekiranya tiada) sijil freediving tahap 1
14. Berumur 25 tahun ke atas.
15. Boleh menerima teguran secara lembut dan kasar.
16. Boleh dikenakan denda dalam pelbagai bentuk (potongan gaji, turun pangkat dan lain-lain) sekiranya melanggar Piawaian Amalan Kerja (SOP).
17. Ambil tahu berkenaan akta kanak-kanak, akta gangguan seksual.
18. Membuat rancangan mengajar (lesson plan) sebelum kelas, membuat laporan kemajuan pelajar dalam bentuk laporan, gambar dan video.
( Yuran latihan bagi mereka yang belum ada sijil-sijil yang ditetapkan. Bagi yang ingin menyertai kursus dan bekerja dengan Ombak Diver dan Maiswim, bayaran ansuran dibenarkan melalui potongan gaji. )
***Yuran Kursus Jurulatih EFR RM 2500
****Yuran Kelas Renang Tambahan sekiranya perlu RM30/Jam
*****Yuran Kursus Selaman Bebas
Tahap 1 RM 1200
Tahap 2 RM 1200
Anda dianggap cekap mengajar sekiranya berjaya membuktikan 10 pelajar anda mencapai setiap tahap yang ditetapkan Ombak Diver dan Maiswim.
If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.