Ombak Diver and 
Bangi & Shah Alam - 0193767111 / 0193116887 / 0193110262

Ombak Diver  Training Centre

Welcome to official website

FAQ

LOKASI DAN KOLAM

Q : Di mana lokasi kelas renang?
A : Kelab Renang Maiswim beroperasi di Pusat Akuatik Darul Ehsan seksyen 13 Shah Alam.
      Hari operasi : Selasa hingga Ahad.
      Waktu operasi : 9 pagi-11 pagi, 12 tengahari-2 petang, 3 petang-5 petang dan 6 petang-8 malam.
      Nombor telefon : 019 311 6887

      Ombak Diver Training Centre beroperasi di kolam renang Kelab Golf Danau dalam UKM Bangi.
      Hari operasi : Selasa hingga Ahad.
      Waktu operasi : 8 pagi-12 tengahari, 3 petang-7 malam dan 8 malam-10 malam.
      No telefon : 019 311 0262

Q : Selain di Shah Alam dan Bangi, ada lokasi kelas renang yang lain?
A : Ya ada. Jurulatih boleh datang mengajar ke lokasi seperti Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Subang Jaya.
      Jadual kelas dan yuran kelas renang adalah berbeza-beza mengikut lokasi pilihan.

Q : Kelas renang dibuat di kolam terbuka atau tertutup?
A : Kelas renang di Bangi hanya di kolam terbuka sahaja, manakala kelas renang di Shah Alam samada di kolam terbuka atau tertutup.

Q : Berapa kedalaman kolam yang sesuai untuk kelas renang, sekiranya berminat untuk kelas renang di kolam berhampiran tempat tinggal?
A : Kedalaman ideal ialah 1.2 meter.

Q : Adakah kolam akan diasingkan untuk kelas renang wanita dan lelaki?
A : Hanya kelas renang di Bangi akan diasingkan kelas renang wanita dan lelaki tetapi tidak di Shah Alam.
      Jurulatih wanita akan mengajar pelajar wanita dewasa dan jurulatih lelaki akan mengajar pelajar lelaki dewasa.
      Bagi kelas renang kanak-kanak dan bayi akan diajar oleh jurulatih lelaki.

Q : Bagaimana dengan kelas renang untuk bayi, adakah kolam akan diasingkan?
A : Tidak, kelas bayi akan dijalankan di kolam yang sama seperti kelas yang lain.

YURAN KELAS RENANG

Q : Berapa harga yuran kelas renang untuk kanak-kanak, dewasa dan bayi di Shah Alam?
A : Kelas renang kanak-kanak (kumpulan) : RM180 / sebulan / 4 sesi / 8 jam
      Kelas renang dewasa (kumpulan) : RM220 / sebulan / 4 sesi / 8 jam
      Kelas renang bayi (private class) : RM400 / sebulan / 4 sesi / 4 jam

Q : Berapa harga yuran kelas renang untuk kanak-kanak, dewasa dan bayi di Bangi?
A : Kelas renang kanak-kanak : RM210 / sebulan / 4 sesi / 8 jam
      Kelas renang dewasa : RM240 / sebulan / 4 sesi / 8 jam
      Kelas renang bayi (private class) : RM400 / sebulan / 4 sesi / 4 jam

Q : Berapa harga yuran kelas renang untuk pakej berkeluarga (private class) di Shah Alam dan Bangi?
A : Harga yuran kelas renang ialah di antara RM400 hingga RM600 sebulan, bergantung kepada jumlah peserta.
      Manakala, untuk kelas renang di lokasi selain Shah Alam dan Bangi ialah RM200 / 1 jam sesi dan RM400 / 2 jam sesi.

Q : Ada bayaran kelas renang per sesi?
A : Ya ada. RM60 / 2 jam sesi di Shah Alam dan RM70 / 2 jam sesi di Bangi.

Q : Ada bayaran pendaftaran untuk sertai kelas renang?
A : Ya ada, sebanyak RM20 / seorang dan dibayar sekali sahaja seumur hidup.

Q : Boleh buat bayaran kelas renang secara ansuran?
A : Tidak, tetapi bergantung atas budi bicara pihak pengurusan kelas renang. Bayaran penuh perlu dibuat sebelum kelas pertama bermula,
      Bayaran boleh dibuat secara tunai semasa hadir ke kelas pertama atau boleh juga secara 'online-transfer' ke :-
      Akaun : Maybank
      Nama Akaun : A&B Swim
      No Akaun : 5621-0622-6147

Q :Sekiranya pelajar telah membuat bayaran penuh kelas renang untuk 4 sesi selama sebulan tetapi tidak dapat hadir 1 sesi.
      Adakah akan diadakan sebarang kelas ganti?
A : Ya ada. Kesemua 4 sesi dan kelas ganti perlu diselesaikan dalam bulan yang sama.
      Sekiranya masih terdapat baki kelas dari bulan lepas apabila telah masuk bulan yang baru, maka baki kelas tersebut dikira 'burn'.

Q : Jika bayaran penuh telah dibuat tetapi pelajar tidak jadi untuk sertai kelas renang, adakah bayaran tersebut boleh 'refund' ?
A : Tidak tetapi bergantung atas budi bicara pihak pengurusan kelas renang.

INFO KELAS RENANG

Q : Berapa jenis kelas renang yang ada untuk kanak-kanak dan dewasa?
A : Ada 3 jenis; kelas renang berkumpulan, kelas renang persendirian (one-to-one) dan kelas renang pakej berkeluarga (private group).

Q : Ada kelas renang untuk bayi di Shah Alam atau Bangi?
A : Ya ada. Kelas renang bayi dikira dari umur seawal 6 bulan hingga 4 tahun. Hanya kelas one-to-one sahaja untuk bay, tiada kelas berkumpulan..
      Seorang dewasa samada ibu/bapa/penjaga perlu turut serta dalam kolam semasa kelas dijalankan.

Q : Boleh terangkan tentang kelas renang pakej berkeluarga?
A : Penyertaan minimum ialah 2 orang dan maksimum 8 orang di bawah satu jurulatih. 
      Harga yuran kelas renang bergantung kepada bilangan peserta.

Q : Berapa lama masa yang diambil oleh kanak-kanak untuk mahir berenang?
A : Bagi kanak-kanak yang tiada fobia air (takut air), biasanya mengambil masa antara 3 bulan hingga 5 bulan untuk betul-betul mahir berenang.
      Bagi kanak-kanak yang fobia air, akan mengambil masa yang lebih lama kerana rasa takut air perlu diatasi terlebih dahulu.

Q : Berapa lama masa yang diambil oleh orang dewasa untuk mahir berenang?
A : Kebiasaannya mengambil masa yang lebih cepat berbanding kanak-kanak iaitu sekurang-kurangnya 6 jam untuk kuasai 1 gaya renang.
      Bagi mereka yang fobia air, akan mengambil masa yang lebih lama untuk tahu berenang.

Q : Bolehkah wanita yang mengandung atau datang bulan sertai kelas renang?
A : Ya boleh, tiada masalah. Bagi wanita mengandung, sebaiknya usia kandungan sudah melepasi trimester pertama baru mula kelas renang.

Q : Apakah silibus renang yang akan diajar oleh jurulatih?
A : Silibus renang yang diajar adalah berdasarkan silibus dari SSI Swim School dan PADI Swim School.
      Semua jurulatih juga adalah jurulatih berdaftar yang mempunyai tauliah mengajar renang dari SSI Swim School dan PADI Swim School.

PERALATAN KELAS RENANG

Q : Apakah peralatan yang diperlukan untuk sertai kelas renang?
A : Sut renang (swimming suit), topi renang (swmming cap) dan goggle. Swimming diaper diperlukan untuk kelas bayi.
      Pemakaian baju renang muslimah dan stokin adalah dibenarkan, manakala baju-T atau baju jersey, legging dan seluar sukan tidak dibenarkan.
      Peralatan lain seperti kickboard, pullbuoy, fin dan lifejacket akan disediakan oleh pihak kelas renang.