Borang Pendaftaran kursus renang terbahagi kepada tiga, iaitu :
1. Kelas Mingguan (Weekly Class)
2. Kelas CSR dan Promosi (CSR and Promo Class)
3. Kelas Program Cuti Sekolah dan Kelas Intensif (School Holiday and Intensive Class)
Kelas Mingguan (Weekly Class)
Kelas Mingguan ialah kelas yang diadakan seminggu sekali atau seminggu dua kali. Contohnya kelas asas renang setiap hari Jumaat pukul 6.00 Petang. Apabila pelajar telah memilih kelas mingguan, pelajar tersebut wajib datang pada setiap hari dan masa yang ditetapkan setiap minggu.
Kelas CSR dan Promosi
Kelas CSR dan Promosi diadakan pada tempoh tertentu dan bukan berbentuk mingguan. Yuran yang dikenakan berbeza daripada kelas mingguan.
Kelas Program Cuti Sekolah dan Kelas Intensif
Kelas Program Cuti Sekolah dan Kelas Intensif diadakan 4 hingga 6 kali dalam seminggu. Kebiasaannya pelajar dapat menguasai lebih satu gaya renang dalam seminggu.
If you are the site owner, please renew your premium subscription or contact support.