Ombak Diver and 
Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cyberjaya and Shah Alam - 019-3767 111

Ombak Diver  Training Centre

Welcome to official website

The Swimming School (Swim and Survive)

The Swimming School ialah sebuah program renang yang menggabungkan kemahiran renang dan kemahiran untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan. Program ini ialah gabungan antara kursus renang dan kursus menyelamat daripada PADI Swim School, SSI Swim School, Basic Teacher Certificate (BTC), Kursus FINA Coaching Level 2, ASUM Coaching Level 1 dan Kursus Surf Lifesaving Coaching Level 2.

Kelas Renang

Kelas Renang Bayi

Kelas Renang Bayi khas untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 36 bulan. Semasa kelas renang bayi dijalankan, penjaga wajib bersama dengan bayi sepanjang masa. Penjaga dan bayi wajib memakai pakaian renang. Bayi juga diwajibkan memakai lampin khas untuk kegunaan semasa di dalam kolam. Semua Jurulatih kami pada tahap ini wajib memiliki sijil mengajar bayi daripada Swimming School International atau PADI Swim School. Jurulatih kami juga pada tahap ini wajib mengetahui cara-cara CPR untuk bayi dan juga orang dewasa

Kelas Renang Kanak-Kanak dan Remaja

Kelas Renang Kanak-Kanak diadakan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 17 tahun. Penjaga tidak dibenarkan berada bersama dengan anak di dalam kolam semasa kelas dijalankan. Ini bagi memudahkan proses pembelajaran anak-anak. Jurulatih terdiri daripada jurulatih lelaki dan perempuan. Pada tahap ini, kami belum membuat pengkhususan jurulatih lelaki untuk kanak-kanak dan remaja lelaki atau sebaliknya. Bagi penjaga yang memohon anak-anak mereka mengikuti kelas mengikut jantina akan diketegorikan sebagai kelas dewasa. Jurulatih kami pada tahap ini wajib memiliki sijil mengajar kanak-kanak dan remaja daripada Swimming School International dan PADI Swim School. Jurulatih kami juga wajib memiliki sijil menyelamat asas seperti Sijil Awalan, Sijil Pertengahan dan Sijil Pingat Gangsa daripada Persatuan Penyelamat.

Kelas Renang Dewasa

Kelas dewasa diadakan kepada yang berumur 18 tahun dan ke atas. Kanak-kanak dibenarkan mengikuti kelas dewasa dengan syarat tidak mengganggu perjalanan kelas. Bagi kanak-kanak dan dewasa yang ingin memilih jurulatih, digalakkan mengikuti kelas berkumpulan persendirian (private). Kelas dewasa terdiri daripada kelas dewsa perempuan, kelas dewasa lelaki dan kelas campuran. Jurulatih untuk kelas dewasa perempuan terdiri daripada jurulatih perempuan dan lelaki. Keutamaan diberikan kepada jurutih perempuan untuk kelas dewasa perempuan. Kelas campuran dan kelas dewasa lelaki akan diajar oleh jurulatih lelaki.  Jurulatih kami pada tahap ini wajib memiliki sijil mengajar dewasa daripada Swimming School International dan PADI Swim School dan sijil menyelamat seperti Sijil Awalan, Sijil Pertengahan dan Sijil Pingat Gangsa. 

Sistem Mengajar

PADI Swim School and SSI Swim School


PADI dan SSI adalah dua badan antarabangsa yang mengeluarkan sijil menyelam skuba, kursus renang, kursus selaman bebas dan kursus menyelamat. Kami Ombak Diver dan Maiswim adalah pusat latihan yang berdaftar dengan kedua-dua badan di atas. Kedua-dua badan antarabangsa ini mempunyai cawangan di hampir setiap negara di seluruh dunia. Badan-badan ini telah menetapkan garis panduan kepada semua pusat latihan yang ingin bernaung di bawah mereka. Setiap silibus yang dijalankan juga mengikut piawaian yang ditetapkan oleh PADI dan SSI. Silibus yang dijalankan termasuk untuk kelas berikut :

1. Kelas Bayi

2. Kelas Kanak-Kanak

3. Kelas Dewasa

Salah satu daripada badan ini juga telah menerima penarafan ISO untuk sistem pengurusan maklumatnya. Ombak Diver dan Maiswim mula menggunakan sistem pengajaran PADI Swim School dan SSI Swim School pada tahun 2016. Kami juga memiliki seorang "Instructor Trainer" di bawah kedua-dua badan ini.  

Laporan Kemajuan dan Sijil Pencapaian

Laporan Kemajuan

Laporan Kemajuan akan dibuat pada setiap bulan. Laporan kemajuan ini akan di masukkan ke dalam laman sesawang kami setiap tiga bulan menggunakan kod pelajar. Laporan Kemajuan ini disediakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh PADI Swim School dan PADI Swim School. Secara amnya, Laporan Kemajuan terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Swim and Survive

2. Swim and Save


Sijil Pencapaian

Sijil pencapaian diberikan mengikut pencapaian berdasarkan :

1. Swim and Survive

2. Swim and Save