Ombak Diver and 
Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cyberjaya and Shah Alam - 019-3767 111

Ombak Diver  Training Centre

Welcome to official website

The Lifesaving School (Swim and Save)

The Lifesaving School ialah sebuah program kesinambungan daripada The Swimming School. Setelah peserta tamat mengikuti Program Swim and Survive, peserta akan didedahkan pula cara-cara berenang dan menyelamatkan mangsa lemas. Program ini terbahagi kepada dua sekiranya mengikut umur peserta dan terbahagi kepada tiga sekiranya mengikut aktiviti.


Program Swim and Save Mengikut Umur terbahagi kepada :

1. Program Swim and Save Kanak-Kanak (bawah 13 tahun)

2. Program Swim and Save Remaja dan Dewasa (13 tahun dan ke atas)


Program Swim and Save Mengikut Aktiviti terbagi kepada tiga, iaitu : 

1. Teknik Menyelamat Dan Menaikkan Mangsa Lemas Daripada Darat/Bot

2. Teknik Menyelamat Dan Menaikkan Mangsa Lemas Daripada Air

3. Teknik Bantuan Mula Setelah Menaikkan Mangsa Lemas Daripada Air.


Modul-modul mengikut apa yang telah ditetapkan oleh PADI Swim School, SSI Swim School, American Red Cross dan Persatuan Penyelamat. Sijil-sijil akan diberikan kepada peserta setelah tamat kursus mengikut aktiviti dan peringkat umur.


Program Swim and Save Kanak-Kanak

Program Swim and Save Kanak-Kanak masih mengutamakan aktiviti renang dan  setiap kanak-kanak diwajibkan meminta kebenaran daripada penjaga untuk membuat apa-apa aktiviti. Kebanyakan kejadian lemas di Malaysia di kalangan kanak-kanak berpunca daripada membuat aktiviti air tanpa kebenaran penjaga. Sekiranya berlaku kecemasan, kanak-kanak diajar bagaimana meminta pertolongan kepada orang dewasa dan membantu mangsa lemas daripada daratan sahaja. Kanak-kanak tidak dibenarkan sama sekali terjun dan membantu mangsa lemas. 

Program Swim and Save Remaja dan Dewasa.

Program Swim and Save peringkat remaja dan dewasa secara ringkasnya diterangkan menggunakan akronim berikut : 

D.R.S.A.B.C.D  (Danger. Response. Send. Airway. Breathing. CPR. Defibrillation)

Danger. Remove Danger. Ensure the area is safe for yourself, others and the patients.

Response. Check for response : ask name and tap shoulder. (Response or No Response ?)

Send. Send for help. Call for help or ask others to call for help. #999

Airway. Check Airway. Check for foreign object and remove it with fingers.

Breathing. Check for breathing. Normal Breathing or Abnormal Breathing?

CPR. Start CPR. 30 Compression : 2 Rescue Breath. Stop CPR when victim revive or help arrive.

Defibrillation. Used AED (Automated External Defibrillator) if available. Follow voice prompts.


Program Swim and Save Remaja dan Dewasa mengandungi semua aktiviti-aktiviti berikut : 

1. Teknik Menyelamat Dan Menaikkan Mangsa Lemas Daripada Darat/Bot

2. Teknik Menyelamat Dan Menaikkan Mangsa Lemas Daripada Air

3. Teknik Bantuan Mula Setelah Menaikkan Mangsa Lemas Daripada Air.