Ombak Diver and 
Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cyberjaya and Shah Alam - 019-3767 111

Ombak Diver  Training Centre

Welcome to official website

Kami di Ombak Diver dan Maiswim amat menggalakkan kerjasama dan maklum balas daripada semua pelanggan kami. Ini bagi memastikan kami dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan. 


Pemerhati Kanak-Kanak (Child Watcher)

Kami memerlukan kerjasama daripada semua pelanggan kami membantu memastikan keselamatan sebelum, semasa dan selepas kelas renang. Di sini kami mewajibkan ibubapa/penjaga berada di tepi kolam (luar barisan kuning) semasa kelas berjalan. Ini bagi membantu anak-anak yang memerlukan bantuan semasa mereka perlu ke tandas. Bagi sekolah dan tadika, kami galakkan menghantar pemerhati kanak-kanak dikalangan guru lelaki dan perempuan.


Laporan Kemajuan

Laporan Kemajuan akan dibuat pada setiap bulan. Laporan kemajuan ini akan di masukkan ke dalam laman sesawang kami setiap tiga bulan menggunakan kod pelajar. Laporan Kemajuan ini disediakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh PADI Swim School dan PADI Swim School. Secara amnya, Laporan Kemajuan terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Swim and Survive

2. Swim and Save


Sijil Pencapaian

Sijil pencapaian diberikan mengikut pencapaian berdasarkan :

1. Swim and Survive

2. Swim and Save


Borang Maklum Balas

Kami juga memerlukan maklum balas secara bertulis di laman sesawang kami daripada semua pelanggan-pelanggan kami. Ini bagi membantu kami menerangkan dan mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap semua maklum balas daripada pihak tuan dan puan.


Laporan Kejadian

Laporan kejadian ialah laporan mengikut pemerhatian tuan dan puan terhadap perjalanan kelas sekiranya belaku kejadian tidak diingini. Laporan ini termasuk perjalan kelas kami, perjalanan syarikat lain dan juga badan pengurusan kolam renang dan pihak ketiga yang lain-lain. Ini bagi membantu kami memperbaiki sistem kami sekiranya ianya melibatkan kami atau kami dapat menyalurkan maklumat kepada pihak berwajib.