Ombak Diver and 
Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Cyberjaya and Shah Alam - 019-3767 111

Ombak Diver  Training Centre

Welcome to official website

Kelas Renang dan Menyelamat Untuk Sukarelawan 


Berita baik kepada individu yang aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan.

Mari belajar berenang dan menyelamat secara PERCUMA bersama barisan jurulatih bertauliah dari SSI Swim School dan PADI Swim School di Ombak Diver Training Centre dan Maiswim.


Penyertaan dari guru-guru unit beruniform sekolah (Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Pertahanan Awam, Pandu Puteri) amat digalakkan.

Tidak ketinggalan juga pemandu pelancong, pemandu bot dan pensyarah subjek Sains Marin dan Pelancongan.

Kelas renang dan menyelamat ini terdiri dari 4 kategori :-
1. Program "Zero to Hero"
2. Endurance + Lifesaving
3. Lifesaving sahaja
4. Teknik Lifesaving daripada daratan sahaja.


Jadual Kelas (Harian)
Hari : Jumaat
Masa : 9pg-11pg/12tgh-2ptg/3ptg-5ptg/6ptg-8mlm
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan, Seksyen 13, Shah Alam

Jadual Kelas (hari minggu)
Hari : Sabtu
Masa : 12tgh-2ptg
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan, Seksyen 13 Shah Alam


Syarat-syarat Penyertaan
1. Aktif dalam aktiviti sukarelawan/kemasyarakatan
2. Kurang kemampuan kewangan
3. Tidak pernah bekerja dengan mana-mana syarikat/kelab yang berkaitan berenang/menyelam (scuba diving)
4. Umur 26 tahun dan ke atas
5. Semangat belajar dan boleh mengikut semua arahan Jurulatih
6. Tidak merokok, tidak mengambil minuman keras dan tidak mengambil dadah.
7. Sihat


Manakala bagi yang berkemampuan, yuran bagi kelas renang dan menyelamat adalah seperti berikut :-
1. Program "Zero to Hero" = RM2000
2. Endurance + Lifesaving = RM1000
3. Lifesaving sahaja = RM600
4. Teknik menyelamat di darat = RM200
5. Kursus Renang = Rm50/2jam

p/s : Tiada syarat umur bagi yang ingin membayar yuran kursus.


Sebarang bentuk sumbangan kewangan dan peralatan amat dialu-alukan dalam usaha melahirkan lebih ramai sukarelawan yang mampu menyelamat mangsa lemas.


Untuk maklumat lanjut, sila call/whatsapp 019-3116887 atau layari www.ombakdiver.com

Penyertaan ini terhad kepada 100 orang peserta sahaja setiap bulan.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 Ogos 2017.

*Sila sebarkan mesej ini dalam usaha kita bersama-sama untuk membanteras kejadian lemas di Malaysia. #sifarlemas